:: Menu Pilihan
Sila Klik Pilihan Anda
:: E MAIL

zuhud@ahnafkhat.com

:: Kemaskini
2007
 
:: BERITA DAN AKTIVITI KHAT AL-AHNAF
Al-Ahnaf Enterprise, No. 15, Lorong Perda Utama 6, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Contact HP No.: 016-4497 455(Ustaz Zuhud ‘Ulya Bin Iberahim)

Al-Ahnaf Enterprise merupakan syarikat berbentuk perkongsian telah beroperasi sejak Desember 2004, menghasilkan produk berbentuk hiasan kaligrafi Islam dan Pengiklanan. Merupakan satu organisasi yang memartabatkan kesenian Islam khususnya seni khat secara keseluruhan di mata dunia.

CERAMAH PENULISAN KHAT BAGI GURU-GURU JQAF ZON UTARA 29 OKT-2 NOV 2007
BARISAN PENCERAMAH DAN FASILITATOR SERTA PESERTA
Gambar di atas menunjukkan barisan penceramah, fasilitator dan guru khat. Berdiri dua dari kiri ialah Ustaz Wahab Khalid. Beliau merupakan penulis yang aktif melakukan kerja-kerja bengkel khat bagi projek hiasan masjid. Contoh tulisan beliau boleh dilihat di Masjid Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, KL. Duduk dari kiri ialah sayalah. Dua dari kiri ialah Ustaz Zawadi Che Seman, pakar khat terkenal yang banyak terlibat dengan pengajaran khat di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah khat di Institut Perguruan Islam, Bangi. Ustaz Zawadi ni terpengaruh dengan Khat Hashim Baghdadi. Sentiasa berlatih khat di mana-mana yang dia sempat tulis. Dalam kapal terbang pun dia sempat berlatih menulis.( Tengok lah gambar bawah nie..sorry Us. zawadi kalau terbaca web ni..) Yang tiga dari kiri tu pulak ialah Big Bos Khat bagi pendidikan Jawi dan Khat bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau ialah Ustaz Zamri Abdul Rahim, penolong pengarah bahagian Kurikulum JAPIM, KPM. Beliau adalah antara orang yang cuba menyemarakkan Jawi dan Khat di dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Di Malaysia ni dah ke hulu ke hilir dia bawa kami menerangkan kaedah penulisan khat di kalangan guru-guru mahir Khat di Malaysia. Yang keempat dari kiri tu ialah Ustaz Hasrul Hashim. Dia ni belajar khat di Madrasah Khalil Agha, Mesir bersama-sama dengan ustaz Nik Abdul Rahman dulu ni. Aktif juga menulis khat di sebelah Pulau Pinang. Di samping tu, dia ni pandai grafik komputer dan buat web. Program CD interaktif Khat Nasakh dan Riqah KPM, hasil tulisan kami tu, dia yang programkan. Yang dua dari kanan tu, kalau tak kenal memang tak patut, Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Kadir. Kepakarannya memang tak disangsikan. Johan Khat Asean dulu ni banyak kali dah. Di Mesir pulak dapat naib Johan keseluruhan. Ustaz Nik sekarang mengajar di Maahad Muhammadi, Kelantan. Yang lain tu ialah guru-guru mahir khat yang sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
GAMBAR AKTIVITI
:: Mesej Pilihan

Hakcipta Terpelihara © 2007 Al-Ahnaf Khat

DIBANGUNKAN OLEH: Hasrul Hashim dan Zuhud Ulya Iberahim
PERHATIAN: Al-Ahnaf Khat tidak bertanggung-jawab terhadap sebarang penafian dan penyelewengan yang dilakukan terhadap web ini melalui ancaman virus, spam dan pop up yang bukan berasaskan pendirian dan prinsip Al-Ahnaf Khat.