:: Menu Pilihan
Sila Klik Pilihan Anda
:: E MAIL

zuhud@ahnafkhat.com

:: Kemaskini
2007
 
:: PENGENALAN SYARIKAT AL-AHNAF KHAT ENTERPRISE
Address: Al-Ahnaf Enterprise, No. 15, Lorong Perda Utama 6, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Contact HP No.: 016-4497 455 (Ustaz Zuhud ‘Ulya Bin Iberahim)

Al-Ahnaf Enterprise merupakan syarikat berbentuk perkongsian telah beroperasi sejak Desember 2004, menghasilkan produk berbentuk hiasan kaligrafi Islam dan Pengiklanan. Merupakan satu organisasi yang memartabatkan kesenian Islam khususnya seni khat secara keseluruhan di mata dunia.

Al-Ahnaf Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan produk berbentuk hiasan kaligrafi Islam dan Pengiklanan. Penubuhannya adalah bertujuan memartabatkan seni khat dan tulisan jawi sebagai salah satu seni di mata masyarakat, di samping memperkenalkan kaedah penulisan khat yang betul. Selain itu, Al-Ahnaf Enterprise turut menyediakan perkhidmatan pegiklanan bagi memenuhi keperluan semasa.

Fungsi dan Peranan Syarikat ini

1.Pembuatan, perkhidmatan, pengedaran dan tulisan khat.

2.Ukiran khat, ukiran kaca, cenderamata, tanda nama, rubber stamp, barangan hiasan dalaman, T-Shirt, dan Islamic Sticker.

3.Menganjurkan pameran dan demonstrasi di sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, merekacipta plak perasmian, dan mengukir batu nisan.

4.Menghias masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah dan premis perniagaan, dan tulisan jawi.

5.Menawarkan khidmat perundingan dalam seni khat Islam.

6.Menawarkan kursus seni khat dan Komunikasi Bahasa Arab

7.Menghasilkan penulisan ilmiah mengenai manuskrip Al-Quran dan seni Islam, dan menerbitkan penulisan tersebut dalam bentuk bahan bercetak.

8.Meninjau keperluan dan perlaksanaan tulisan jawi di kalangan masyarakat baik pada peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta.

9.Memberi tumpuan kepada strategi mempromosikan dan mempertahankan survival seni khat.

10.Memperkenalkan seni khat kepada teknik pembuatan yang betul dalam penggunaan semua peralatan tradisional dan moden, khususnya alat-alat pertukangan kayu.

11.Membuat penyelidikan bagi menambahkan ketrampilan dalam mengukir bentuk-bentuk ukiran yang halus dan membuat corak yang lebih baik.

12.Untuk memperkenalkan seni khat Islam yang menjadi salah satu peradaban dan tamadun Islam.

13.Menggalakkan penulis-penulis bergiat dalam memperkembangkan penulisan seni khat di negara ini.

14.Memjadikan khat sebagai wadah untuk mengisi kesinambungan tulisan jawi (Arab Melayu) sebagai warisan tamadun Islam di alam Melayu

15.Untuk mendekatkan lagi umat Islam menikmati keindahan seni khat

16.Dengan menulis ayat Al-Quran dan hadis-hadis adalah diharapkan agar dapat menjadi saluran/ media dakwak untuk mendampingi keindahan alam Al-Qura melalui seni khat dan menghayati pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya.

SERVIS KAMI

•  Penulisan khat

•  Papan tanda biasa

•  Papan tanda berlampu

•  Bingkai bergambar

•  Pameran dan demonstrasi di sekolah-sekolah, dan pusat pengajian tinggi

•  Merekacipta plak perasmian dan mengukir batu nisan

•  Mempromosikan tempahan khat jawi samada untuk nama sendiri atau syarikat atau ayat-ayat suci al-quran. Hasil tulisan tangan ini sangat sesuai dipamerkan di ruang tamu rumah atau sebagai hiasan didalam rumah atau pejabat.

•  Memasang signboard di premis-premis perniagaan.

PANORAMA DI DALAM BENGKELAL-AHNAF KHAT

 

:: Mesej Pilihan

Hakcipta Terpelihara © 2007 Al-Ahnaf Khat

DIBANGUNKAN OLEH: Hasrul Hashim dan Zuhud Ulya Iberahim
PERHATIAN: Al-Ahnaf Khat tidak bertanggung-jawab terhadap sebarang penafian dan penyelewengan yang dilakukan terhadap web ini melalui ancaman virus, spam dan pop up yang bukan berasaskan pendirian dan prinsip Al-Ahnaf Khat.